Antakesuma Holdings Sdn. Bhd. telah diperbadankan sebagai sebuah syarikat persendirian pada tanggal 9 Ogos 2005 di Kota Bharu, Kelantan.

Syarikat ini lebih tertumpu kepada aktiviti perniagaan dalam bidang pembuatan pakaian seperti jersi, baju korporat, dan kot makmal.

Antakesuma Holdings Sdn. Bhd. menjalankan operasi di sebuah kilang yang terletak di Pusat Perniagaan Bandar Baru Tunjong, Kota Bharu, Kelantan. 

Ketika ini, Antakesuma Holdings Sdn. Bhd. memasarkan produknya ke seluruh semenanjung Malaysia dengan pelangan utama terdiri daripada jabatan kerajaan, badan-badan berkanun, dan juga sektor swasta.